Usrah

Ada Apa Dengan Usrah
(Buatmu Sahabatku)
Usrah
Satu nikmat yang tidak semua rasa
Ada yang susah, ada yang payah
Ada yang mencari, ada yang dicari
Memula mudah, mengekal susah
 Usrah itu ertinya keluarga
Susah senang tetap bersama
Meski badai datang melanda
Biarlah setia ke hujung nyawa
Usrah itu medan tarbiyah
Bukan hanya ilmu dicurah
Malah ia pengikat ukhuwwah
Tanpanya pastikan punah
Di usrah inilah segalanya bermula
Tidak kira siapa ditempuh segala
Ilmu tarbiyah ukhuwwah semua dijaga
Agar Islam tetap dibela
Namun kini
Usrah terasa singkat
Ukhuwwah semakin tenat
Masalah hati mendapat tempat
Dalam hati terasa hebat
Jauhi usrah tinggalkan sahabat
Tanpa sedar diri tiada qudrat
Hanya dipedaya nafsu dan syahwat
Dulunya usrah
Mekar
Subur
Ceria
Kininya usrah
Kelam
Pudar
Lesu
Tiada maya
Hilang sinarnya
Tanpa tahu di mana silapnya
Di mana puncanya
Mungkin padanya salahku jua
Sedih di hati tersangat sedih
Bukan kerana usrah kelam
Tapi kerana insan hebat dari usrah
Mengeluarkan kata-kata nista tuju pada usrah
Lantas memercikkan
Rantaian titisan air mata kekecewaan
Bukan hanya usrah medan ilmu!

Ya, bukan hanya usrah medah ilmu!
Tapi usrah medan tarbiyah!
Tapi usrah pengikat ukhuwwah!
Tapi usrah pemula dakwah!
Tapi usrah penyubur fikrah!
Tapi usrah nadi harakah!
Sungguh, usrah lebih dari medan ilmu!
Mungkin
Ya, mungkin
Di pandangan mata
Usrah ini tiada apa
Usrah ini buang masa
Diri hebat, usrah dipandang hina
Bukan niat menyentap mencerca
Hanya mencari secebis sinar
Kiniku terduduk termangu
Mencari-cari di mana silapku
Bukan kemaafan yang ditunggu
Bukan titis air mata yang dimahu
Tapi hanya pintaku
Kembalilah BERUSRAH wahai sahabatku! 

Nukilan penuh titisan air mata
Kalam Musafir

Comments

Popular posts from this blog

DISEBABKAN MATA,SEMUA MERANA....

Ohh ni rupanya kelebihan SUJUD yg ramai x tahu...

PENDAPAT MAHASISWA TENTANG RUU355