LAKUKAN APA SAHAJA YANG ENGKAU MAHUKAN TAPI..........
Ingat wahai,
Sahabat seperjuanganku,
Seringkali kamu mendekatiku ketika kita bertukar tukar pendapat di dlm usrah,
Seringkali kamu bersua muka bersamaku semasa makan,bersukan mahupun belajar..
Sememangnya bila digelar insan ada kelemahan,ada kekurangan, mudah mudahan..peringatan yg serba kekurangan ini dapat kita jadikan sebagai pengajaran bersama...
Sahabat, sekiranya kamu ingin menikmati kehidupan,nikmatilah hidupmu sehendak jiwamu,...pergilah ke mana saja engkau mahu, tertawalah sebebas hatimu,
TAPI ingatlah, terdapat dua insan yg hebat dlm hidupmu, ABAH dan UMMI mu...
Abahmu selalu bermimpi,
Jika kelak engkau menjadi penerus amal solehnya,kebajikannya,akhlaknya....
Ummi mu pula selalu berangan-angan,
Supaya kedua tanganmu,menjadi tangan yg selalu terngadah,mendoakan perjalanannya aman di sana nanti...
TAPI kamuuuu...masyaallah,tabarakallah..
Sahabat,
Lakukan sahaja apa yg ingin kamu lalukan,
Habiskan sahaja masa mudamu untuk kesenangan...
TAPI ingatlah,
Satu ketika akan ada abah dan ummi mu yg berurai airmata...
Meminta x putus-putusnya kpd sang pencipta,
Agar hidupmu adalah istiqamah kesolehan demi kesolehan...
Sahabat,
Jika kini abah dan ummi mu telah tiada...
Menurutmu,
APA YANG MEREKA IMPIKAN?
Jadi hartawan tanpa tandingan?
Jadi mungkin pangkat tertinggi?
Jadi orang yg terkenal?
Tidak sahabat,tidaaaak sesama sekali...
Pasti mereka berharap kamu mengabdikan terus dan akrab sebagai seoarang hamba ALLAH yg soleh,
Hamba yg selalu sujud di malam harinya,memohon keampunan kepada yg MAHA PENGAMPUN...
Hamba yg selalu berbakti dlm kebajikan demi kebajikan...
Hamba selalu takut kepada ALLAH....
Hamba yg senantiasa bersyukur akan nikmat yg diberikan....
Kini impian mereka hanya satu,
Engkau menjadi jalan mereka untuk menjejak syurga ALLAH yg abadi....
Comments
Post a Comment