Posts

Showing posts from 2020

Bercintalah bila betul-betul sudah bersedia

Image
Bercintalah bila betul-betul dah bersedia,   "Love when you’re ready, not when you’re lonely." Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian. Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang. Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?” Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu? Hati mana yang tak rasa sunyi? Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama? Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita? Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak. Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik. Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing. Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita? Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik. Layan movie jugak tapi seorang d...

Perlukah pulang ke tanah air?

Image
Perlukah pulang ke Tanah Air? Sekian lama, tangan ini tidak menaip mengenai pendapatku sebagai seorang penimba ilmu di perantauan. Ya setuju, situasi sekarang amatlah getir bagi pelajar2 yang berada di perantauan. Perasaan risau, cemas dan khawatir menyelebungi setiap pelajar yang jauh di samping keluarga tersayang. Anak mana yang tidak rindu dan sayang ummi & abah mereka. Sekiranya ditanyakan padaku, semestinya jawapan yang terungkap tanpa berfikir, iaitu "rindu & sayang" tanpa syarat. Namun, apa yang boleh kita lakukan saat ini, adakah dengan mengesa-gesa pihak kedutaan atau pihak2 yang berkaitan untuk membantu proses pulang atau berkali - kali hubungi pihak wisma putra bersama pihak penerbangan? Keadaan seperti ini, seharusnya perlu difikirkan dengan keadaan yang cerdas, gunakan akal dipandu ilmu, tidak perlu emosi menjangkaui akal, kita ada rujukan yang hakiki sehingga mati iaitu Al-Quran dan Hadis, perlu diutamakan kedua ini sekiranya diri mengaku seb...

Insan semakin alpa mengenai takdir

Image
Disebalik putihnya salji, Tersembunyi seribu satu erti, Ia halus begitu suci, Menyingkap kebesaran ilahi. Kehidupan di harungi, Hari demi hari, Entah apa pula yang akan terjadi, Perjalanan harus engkau meniti. Keberadaan amat jauh sekali, Disamping keluarga yang disayangj, Moga Allah pelihara keluarga dan diri, Ujian kehidupan  kembali kepada ilahi. Rehatkan minda cekalkan hati, Mengisi masa lapang tingkatkan prestasi, Insyallah hari kemudian membawa erti, Bermanfaat kepada negara juga negeri. Catatan ringkas permusafiranku, Park Shyetysherya,  Nizhny Novgorod, Russia.  15 Januari 2020