Perlukah pulang ke tanah air?
Perlukah pulang ke Tanah Air?
Sekian lama, tangan ini tidak menaip mengenai pendapatku sebagai seorang penimba ilmu di perantauan. Ya setuju, situasi sekarang amatlah getir bagi pelajar2 yang berada di perantauan. Perasaan risau, cemas dan khawatir menyelebungi setiap pelajar yang jauh di samping keluarga tersayang. Anak mana yang tidak rindu dan sayang ummi & abah mereka. Sekiranya ditanyakan padaku, semestinya jawapan yang terungkap tanpa berfikir, iaitu "rindu & sayang" tanpa syarat.
Namun, apa yang boleh kita lakukan saat ini, adakah dengan mengesa-gesa pihak kedutaan atau pihak2 yang berkaitan untuk membantu proses pulang atau berkali - kali hubungi pihak wisma putra bersama pihak penerbangan? Keadaan seperti ini, seharusnya perlu difikirkan dengan keadaan yang cerdas, gunakan akal dipandu ilmu, tidak perlu emosi menjangkaui akal, kita ada rujukan yang hakiki sehingga mati iaitu Al-Quran dan Hadis, perlu diutamakan kedua ini sekiranya diri mengaku sebagai seorang Islam, ilmu aku tidak hebat seperti mereka yang belajar di pengajian agama, masih lagi perlu diperbaiki ilmunya, tapi apa yang aku ingin kongsikan, di antara ajaran Nabi s.a.w. apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit adalah pencegahan. Adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu perlu cakna mengenai cara wabak ini tersebar, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar "medical student", agar orang yang sihat tidak dijangkiti.
Hadis yang pertama,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ
“Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Ini bermakna, saranan daripada junjungan besar nabi muhammad s.a.w sangatlah diguna pakai sehingga sekarang, orang yang sihat, tidak diketahui ketahanan immuniti mereka, berkemungkinan "Low Immune System" wallahualam, cara terbaik adalah, orang sakit or possibility as a carrier (pembawa penyakit) perlu berada ditempat yang jauh dari orang lain, makna kata lain, isolate yourself properly.
Seperti kejadian yang berlaku baru baru ini, terdapat pelajar overseas disyaki positif setelah berada di Malaysia, wallhualam, sebelum penerbangan mereka ini telah membuat ujian ataupun tak, tapi yang sahihnya, mereka ini ada yang positif, Semoga Allah sihatkan mereka.
Hadis yang kedua,
Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak(Situasi sekarang Covid19) untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:
Sabda Rasulullah s.a.w.:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
“Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ.
Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”
(Hadis riwayat Imam Muslim).
Aku umat nabi, nak tak nak kena turuti pesanan ini, antara mukjizat lain, nabi muhammad s.a.w adalah mengetahui perkara - perkara yang mustakbal (masa depan), nak setiap saranan nabi bersesuain untuk lifestyle manusia, nak ikut atau tak sahaja, hadis ini, sangat diguna pakai dalam saat yang membimbangkan ini, dengan keadaan, banyak negara yang terkena wabak ini, termasuk negara yang aku belajar sekarang, antara ranking yang ketiga dunia berikutan dengan kes yang semakin naik.
Perkara yang sepatutnya difikir dan diambil perhatian oleh mereka yang bergelar pelajar adalah berada dimana tempat anda ada sekarang, ada hikmah(kebaikan) yang tersirat sebalik hadis yang disabdakan oleh baginda rasulullah s.a.w. Percayalah, keperitaan mengalami situasi ini itu adalah ujian Allah kepada kita, kesabaran yang kita alami itu adalah ganjaran pahala sebenarnya bagi mereka yang qowiy (tabah menghadapi ujian)
Hadis yang ketiga,
Nabi s.a.w. juga pernah didatangi oleh sekumpulan orang dari Bani Thaqif untuk berbai’ah, dan salah seorang daripada mereka menghidapi sejenis penyakit yang berjangkit. Nabi s.a.w. mengutus kepadanya dan tidak bersentuhan dengan dia, seraya berkata:
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya kami telah menerima ba’iah kamu, maka pulanglah.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Nabi ini adalah qudwah hasanah atau idola buat seluruh manusia tidak kira muslim atau bukan, setiap kata - kata baginda menyelesaikan masalah dan mencegah wabak ini dengan idea yang bernas, mencegah lebih baik dari merawat.
Pesananku yang serba kekurangan ini,
1) Sekiranya anda berada dinegara yang kurang menjaga hygiene( kebersihan yg sistematik), anda yang perlu menjaganya tanpa mempersoalkan perihal mereka{Setiap tempat tidak terlepas adanya mereka yang degil}
2) Sekiranya anda kekurangan peralatan untuk pencegahan seperti mask, sanitizer dll, anda perlu figure out serajin mungkin untuk mendapatkannya tanpa seribu alasan (if necessary untuk keluar rumah atas sebab2 tertentu)
3) Sekiranya anda kekurangan bahan mentah yang halal atau makanan asasi, belajar untuk beserdehana dalam menguruskan makanan dan boleh survey pelbagai makanan dibuat meggunakan tepung ( sekadar cadangan)
4) Sekiranya anda alami anxiety,cemas atau kemurungan,
-Perbanyakkan amalan2 rohani
-Berkomunikasi dengan sahabat
-Saling belajar perkara baru seperti (baking,editing mengunakan {Ai,Photoshop,Macromedia,Filmora,Davinci dll}
-Cari pertandingan2 online di internet untuk anda ceburi bakat anda{boleh taip je di ruang search,pertandingan2 yang berkaitan}
-Marathon untuk belajar kitab pondok {saya ada link kitab, cara yang saya boleh bantu, saya send kat korang dan korang boleh tengok pengajian kitab tersebut di youtube
*Jangan lupa minta izin ustaz tersebut}
-Perdalami subjek yang kita belajar untuk kita lebih tahu perkara tersebut,{Boleh buat video untuk kita share ngan kawan2 perkara yang kita tahu, timnulkan suasana belajar dengan posting2 yang ada positif vibe, orang lain akan terinfluence.
-Perbaharui jadual harian anda, supaya landskap lifestyle yang sihat dapat dihidupkan
-Yang penting, sekiranya orang itu tahu qada dan qadar Allah, semestinya cara pemikirannya matang, bukan stick pada pelajar yang bukan pengajian Islam sahaja , tetapi pada semua yang dilabelkan makhluk sebagai manusia.
5) Sekiranya anda sayang family, video call, mesej selalu untuk melepaskan rindu, zaman sekarang ni canggih, sekiranya yang sibuk dengan aktiviti2, cukuplah dengan mendoakan mereka supaya Allah ampunkan mereka dan memberi mereka kemudahan untuk terus membimbing kelurga kita.
Ingatlah :
Disaat kita ingin pulang, ada diantara mereka (frontliner) yang memikirkan bagaimana ingin mendapatkan cuti untuk berjumpa dengan keluarga.
Kita tidak tahu masa depan kita, Kita hanya merancang Allah sebaik baik perancang.
Insyaallah,wabak ini akan pergi tidak lama lagi, jikalau anda tinggal lagi 1-2 tahun lagi belajar di negara anda berada sekarang, bersabarlah untuk berada disana dan bemesralah setelah habis belajar bersama keluarga tercinta. Perasaan kasih itu akan membuak buak dek kerna alami keperitaan dahulu setelah kemanisan muncul tanpa diduga.
Last but not least,
Andaikata, ada hal yang mendesak untuk pulang, dipersilakan dengan ucapan Semoga Allah pelihara dan selamatkan permusafiran anda. Sekiranya tiada, molek kira untuk berada dimana anda berada. Anda
Catatan permusafiranku,
Nihzny Novgorod, Russia.
0353 hours 13/5/2020
#Kitajagakita #juststayathome #pray4healthy #umatnabi #hikmahmengikutisunnah #matangkadalamberfikir
Comments
Post a Comment