Perlukah pulang ke tanah air?
Perlukah pulang ke Tanah Air? Sekian lama, tangan ini tidak menaip mengenai pendapatku sebagai seorang penimba ilmu di perantauan. Ya setuju, situasi sekarang amatlah getir bagi pelajar2 yang berada di perantauan. Perasaan risau, cemas dan khawatir menyelebungi setiap pelajar yang jauh di samping keluarga tersayang. Anak mana yang tidak rindu dan sayang ummi & abah mereka. Sekiranya ditanyakan padaku, semestinya jawapan yang terungkap tanpa berfikir, iaitu "rindu & sayang" tanpa syarat. Namun, apa yang boleh kita lakukan saat ini, adakah dengan mengesa-gesa pihak kedutaan atau pihak2 yang berkaitan untuk membantu proses pulang atau berkali - kali hubungi pihak wisma putra bersama pihak penerbangan? Keadaan seperti ini, seharusnya perlu difikirkan dengan keadaan yang cerdas, gunakan akal dipandu ilmu, tidak perlu emosi menjangkaui akal, kita ada rujukan yang hakiki sehingga mati iaitu Al-Quran dan Hadis, perlu diutamakan kedua ini sekiranya diri mengaku seb...