Posts

Bercintalah bila betul-betul sudah bersedia

Image
Bercintalah bila betul-betul dah bersedia,   "Love when you’re ready, not when you’re lonely." Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian. Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang. Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?” Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu? Hati mana yang tak rasa sunyi? Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama? Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita? Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak. Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik. Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing. Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita? Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik. Layan movie jugak tapi seorang d...

Perlukah pulang ke tanah air?

Image
Perlukah pulang ke Tanah Air? Sekian lama, tangan ini tidak menaip mengenai pendapatku sebagai seorang penimba ilmu di perantauan. Ya setuju, situasi sekarang amatlah getir bagi pelajar2 yang berada di perantauan. Perasaan risau, cemas dan khawatir menyelebungi setiap pelajar yang jauh di samping keluarga tersayang. Anak mana yang tidak rindu dan sayang ummi & abah mereka. Sekiranya ditanyakan padaku, semestinya jawapan yang terungkap tanpa berfikir, iaitu "rindu & sayang" tanpa syarat. Namun, apa yang boleh kita lakukan saat ini, adakah dengan mengesa-gesa pihak kedutaan atau pihak2 yang berkaitan untuk membantu proses pulang atau berkali - kali hubungi pihak wisma putra bersama pihak penerbangan? Keadaan seperti ini, seharusnya perlu difikirkan dengan keadaan yang cerdas, gunakan akal dipandu ilmu, tidak perlu emosi menjangkaui akal, kita ada rujukan yang hakiki sehingga mati iaitu Al-Quran dan Hadis, perlu diutamakan kedua ini sekiranya diri mengaku seb...

Insan semakin alpa mengenai takdir

Image
Disebalik putihnya salji, Tersembunyi seribu satu erti, Ia halus begitu suci, Menyingkap kebesaran ilahi. Kehidupan di harungi, Hari demi hari, Entah apa pula yang akan terjadi, Perjalanan harus engkau meniti. Keberadaan amat jauh sekali, Disamping keluarga yang disayangj, Moga Allah pelihara keluarga dan diri, Ujian kehidupan  kembali kepada ilahi. Rehatkan minda cekalkan hati, Mengisi masa lapang tingkatkan prestasi, Insyallah hari kemudian membawa erti, Bermanfaat kepada negara juga negeri. Catatan ringkas permusafiranku, Park Shyetysherya,  Nizhny Novgorod, Russia.  15 Januari 2020

Taubat Banduan Akhir

Image
Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir. -ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir". -banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim. -kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat. -apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. -nama biliknya "Sel akhir". -katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja. -waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi." -ianya mesti prosedurnya begitu. -kalau hukuman dibaca hari Ahad, jumaat dijat...

Kuatkah aku?

Image
Salam Ukhwah Fillah✨ Kemarahan semalam tak lama.  Bangun pagi hari ni , terasa lega sangt .  ➡️Alhamdulillah⬅️ Hati mula berkata-kata .  Akal mula bergerak fikir. Jiwa mula merasa . Mulut mula beristighfar .  Ya Allah , jahil nya aku .  Tidak kah aku tahu mana yg benar atau salah ? Tidak kah sedar nya aku erti tipu helah ? Syaitan mula menjalankan tugas .  Menyesatkan umat yg ingin berubah.  Hanya orang yg benar-2 kuat yg mampu melawan godaan nya .  Persoalannya kini,  KUAT kah aku ? Setiap hari aku dilema .  Mana yg perlu didekati , and mana yg perlu dihindari ? Buntu . Kaku .  Hanya mampu diam membisu .  Semoga esok aku mampu memberi kata putus.  Memberi keputusan yg lahir dari hati yg tulus.  Ya Allah , bantulah hamba-Mu yg lemah ini .  Astaghfirullahal'azim.  La ilahaillallah .

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA INI

Image
Singgah disebuah masjid, dan terdengar cerita yang sangat terkesan untuk diri ini,   Bismillahirrahmanirrahim...  Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali di Pekuburan. Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang menga is-ngais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia tua duduk istirahat di atas kuburnya sendiri. Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut. Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk istirahat dengan tenang, sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput di situ? Roh Org tua: Jikalau kau mau tahu jawabannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anakku sendiri. Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar. Setelah ketemu beliau hanya m...

Apa itu stroke dan cara mengatasinya

Image
Dalam suatu majlis keramaian, seorang suami  datang bersama isterinya, dan tiba2 si isteri tersandung dan jatuh. Si isteri bangun semula dan meyakinkan semua org bahwa dia okey , hanya tersandung kaki sendiri kerana sepatu barunya. Si isteri dan suami tetap berada di dalam majlis sehingga tamat. Pada pagi hari berikutnya, si suami memaklumkan kepada beberapa kenalan yg turut berada di dalam majlis pada malam sebelumnya yang isterinya telah meninggal dunia pada jam 6.00 pagi, sewaktu mendapatkan rawatan di klinik. Si isteri rupanya telah diserang stroke sewaktu di majlis tersebut. Seorang Neurologist menyatakan, bahwa mangsa stroke dlm 3 jam pertama serangan dpt sembuh sepenuhnya (in shaa Allah), jika dapat  dikenali simptom serangan stroke dan mangsa diberi rawatan awal. Sebaiknya dalam tempoh 3 jam selepas simptom stroke disahkan bagi mengelakkan kerosakkan saraf yang berkekalan CARA MENGENALI SIMPTOM STROKE Mengingati dan memahami maksud S - TA - R : Para d...