Usrah
Ada Apa Dengan Usrah (Buatmu Sahabatku) Usrah Satu nikmat yang tidak semua rasa Ada yang susah, ada yang payah Ada yang mencari, ada yang dicari Memula mudah, mengekal susah Usrah itu ertinya keluarga Susah senang tetap bersama Meski badai datang melanda Biarlah setia ke hujung nyawa Usrah itu medan tarbiyah Bukan hanya ilmu dicurah Malah ia pengikat ukhuwwah Tanpanya pastikan punah Di usrah inilah segalanya bermula Tidak kira siapa ditempuh segala Ilmu tarbiyah ukhuwwah semua dijaga Agar Islam tetap dibela Namun kini Usrah terasa singkat Ukhuwwah semakin tenat Masalah hati mendapat tempat Dalam hati terasa hebat Jauhi usrah tinggalkan sahabat Tanpa sedar diri tiada qudrat Hanya dipedaya nafsu dan syahwat Dulunya usrah Mekar Subur Ceria Kininya usrah Kelam Pudar Lesu Tiada maya Hilang sinarnya Tanpa tahu di mana silapnya Di mana puncanya Mungkin padanya salahku jua Sedih di hati tersangat sedih Bukan kerana usrah kelam T...