KETENANGAN YANG HILANG

                      بسم اللّٰه الرحمن الرحيم

  Sememangnya, kehidupan ini amat perit dan pedih apabila dilalui dgn kaki ini sendiri, namun adanya ulama', adanya guru, adanya keluarga, adanya sahabat ,sedia upaya untuk menolong kita yg lemah lagi dhoif ini.

SIAPAKAH KITA?
Pada awalnya, kita berada jauh kebelakang kerna tanpa mereka yg membimbing kita...adakah kita bersyukur dgn nikmat yg diberikan?....
مشاء اللّٰه و تبارك اللّٰه....
Lupakah kita kalamullah yakni ALQURAN ALKARIM...mengajar kita erti kesyukuran atau menghargai sesuatu nikmat itu...

Allah berfirman:
{ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ }
Sekiranya kau bersyukur maka akan ditambahkan lagi nikmat kamu...
{ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيد }
Sekiranya kamu kufur nikmat maka azabnya amatlah pedih...
(Surah Ibrahim 7)

Kita mengiakan mengikut akan rule life, but ALQURAN & ASSUNAH doesn't follow both of it....bahkan MENCERCA,MEMPERLI,MENGAMBIL ENDAH akan ayat2 ALLAH...manusia jenis apakah kita ini....

Kan lebih indah,kalau kita berbakti  dan berkhidmah kepada makhluk2 didunia ini, tidak kiralah manusia ataupun alam semesta...meringankan beban orang lain, berprasangka baik terhadap orang di sekitar...insyaallah ketenangan dalam hidup itu pasti akan terserlah....

Firman Allah:

“Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya.”
(As –Syams: 9)

Firman-Nya lagi,

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang.”
(Al–Ala: 14–15)

Firman Allah seterusnya

“Pada hari itu, tidak berguna lagi harta.. anak-anak dan isteri atau suami. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat.”
(Asy–Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan hati tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Setiap kejadian, setiap makhluk yg dicipta ada kelebihannya tersendiri.....ambil ibrah atas kejadian tersebut...mudah mudahan syurga al jannah kita kecapi....إن شاء اللّٰه
واللّٰه سبحانه وتعالى  أعلم....

Comments

Popular posts from this blog

DISEBABKAN MATA,SEMUA MERANA....

Ohh ni rupanya kelebihan SUJUD yg ramai x tahu...

PENDAPAT MAHASISWA TENTANG RUU355